Teknik Untuk Dapatkan Badan Cantik

 On Friday 14 November 2014  

Senaman bebanan (weight training) adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan.

Hari ni saya nak kongsi sedikit cara bakar lemak badan dengan kaedah weight training. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda ke arah transformasi badan yang anda impikan selama ini.

Ada yang mengatakan... Weight training hanya untuk lelaki yang inginkan badan seperti The Rock dan Arnold Schwazernager?

Saya nafikan dakwaan ini.

Weight training ini bergantung kepada matlamat dan kaedah latihan. Latihan berlainan akan menghasilkan kesan yang berlainan. Ada yang inginkan badan seperti “fashion model” atau mungkin standard “fitness/aesthetic model”. Tidak semua mahukan badan seperti “body builder”.

Saya suka lakukan senaman berselang seli antara cardio dan weight training. Bagi wanita atau lelaki yang ingin turunkan berat badan, mereka harus membuat senaman cardio berselang seli dengan senaman pemberat.

Untuk makluman anda, senaman cardio yang dilakukan dalam high intensity banyak membakar kalori daripada glukosa (gula/karbohidrat) manakala weight training pula banyak membakar kalori daripada lemak.

Telah banyak kajian yang dijalankan yang membuktikan senaman weight training dapat membakar lemak dengan pantas. Berbanding jika anda hanya berjogging dalam kadar yang sederhana.

Jika anda mahukan bentuk badan yang menarik sila mulakan weight training daripada sekarang. Kesihatan yang berpanjangan sehingga usia emas juga sangat penting untuk saya terapkan. Bukan sekadar kurus dalam jangka pendek sahaja ;)

Anda boleh pelajari bagaimana saya lakukan weight training menerusi ebook FormulaKurus. Boleh dapatkan ia dengan klik di sini --> Formula Kurus

Semoga berjaya!
Teknik Untuk Dapatkan Badan Cantik 4.5 5 Syahmi Azhar Friday 14 November 2014 Senaman bebanan (weight training) adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Senaman bebanan (weight training) adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Hari ni saya nak kongsi sedikit cara...