Bagaimana Anda Mahu Fokus Dalam Proses Transformasi Badan?

 On Monday 10 November 2014  

Bagaimana Anda Mahu Fokus Dalam Proses Transformasi Badan?

Kenapa kita mudah hilang fokus dalam hal diet?

Kita tahu bahawa prinsip utama untuk menurunkan berat badan ialah amalkan deficit kalori. Iaitu pengambilan kalori kurang daripada kalori dibakar oleh badan.

Hari pertama, hari kedua, hari ketiga masih ok.

Namun selang beberapa hari anda seolah-olah hilang fokus. Diet anda langsung tak kontrol. Anda makan melebihi keperluan kalori yang sepatutnya.

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Tidak dinafikan kadang- kadang perkara ini pun terjadi pada saya. Sepanjang proses transformasi badan hampir setahun, saya telah berjaya menurunkan 30kg.

Tetapi bukan setiap bulan berat badan turun. Ada masa maintain, ada masa turun perlahan dan laju. Kita ini manusia biasa. Susah nak kawal bila berhadapan dengan makanan yang sedap.

Tetapi jangan sampai kita tertekan. Relax. Ambil masa. Kaji balik. Re-program our plan and techniques.

Untuk mengatasi masalah ini, anda gunakan kaedah yang lebih mudah.

Contohnya, dalam minggu tersebut saya terlebih makan selama 1 atau 2 hari disebabkan ada majlis istimewa atau pulang ke kampung makan bersama keluarga. (kalori jadi berlebihan). So untuk mengatasinya saya akan bakar balik kalori yang lebih tadi.

Caranya adalah saya tingkatkan senaman. Saya biasa berjalan biasa 1 jam sehari tapi kali ini saya amalkan naik tangga turun tangga pada bila-bila masa saya lapang selama 30 minit, ditambah dengan lari pecut dalam sesi senaman.

Selain itu, jika biasanya anda bersukan 2-3 kali seminggu maka minggu tersebut anda perlu tingkatkan aktiviti bersukan kepada 5 - 6 kali seminggu.

Jadi bagi anda yang sedang berdiet tu, jangan la stress atau kecewa kerana gagal mengawal nafsu makan. Enjoy proses diet dan senaman.

Baiklah. setakat ini dahulu tips saya untuk anda pada kali ini. 

Ebook Formula Kurus

Untuk panduan lengkap di dalam menguruskan badan. Dapatkan ebook "Formula Kurus" ini segera!. Hanya RM47 sahaja untuk tubuh yang lebih sihat serta kehidupan yang lebih ceria. Klik di sini --> Formula Kurus
Bagaimana Anda Mahu Fokus Dalam Proses Transformasi Badan? 4.5 5 Syahmi Azhar Monday 10 November 2014 Kenapa kita mudah hilang fokus dalam hal diet? Kenapa kita mudah hilang fokus dalam hal diet? Kita tahu bahawa prinsip utama untuk menurunkan berat badan ialah amalkan deficit kalor...