Apa Makanan Terbaik Untuk Bakar Lemak?

 On Monday 3 November 2014  

Anda sudah ada azam untuk buang lemak berlebihan dan bersedia untuk transformasi badan yang baru?

Jika ada azam tu, tahniah saya ucapkan. Jangan takut untuk mulakan langkah pertama.

Seringkali saya ditanya. Apa makanan terbaik untuk bakar lemak?

Saya jawab, makanan terbaik untuk bakar lemak ialah senaman :) hehe gurau je ya.

Apa Makanan Terbaik Untuk Bakar Lemak


Elakkan Makanan Ini!

Ramai orang yang mengalami masalah kronik ini. Iaitu masalah lemak badan berlebihan. Hal ini mungkin disebabkan kesilapan yang terdahulu dalam hal pemilihan makanan secara tidak sedar. Antaranya:

1) Fast/Junk Food

Makanan segera kebanyakannya tidak cukup nutrisi penting yang diperlukan atau terlebih nutrisi yang badan tidak perlukan. Kebanyakan Fast Food adalah berlemak tinggi dan kurang protein. Ia sangat tidak bagus. Contohnya pizza, burger.

2) Carbonate Drink

Minuman berkarbonat mempunyai kadar gula yang tinggi. Seseorang itu berada dalam paras bahaya apabila setiap hidangan dia disertakan dengan air karbonat. Cukup tinggi risiko untuk mendapat penyakit kencing manis. Contohnya minuman tin Coke, Mountain Dew, F & N.

3) Processed Food

Biasanya ia telah bercampur dengan bahan pengawet untuk tahan lama, atau tidak diasingkan lemak tepu semasa pemprosesan. Kadang-kadang makanan ini dicampur dengan kadar gula yang tinggi untuk lebih sedap. Contohnya daging burger sejuk beku, french fries, minuman tin dan kotak.

Makanan "AJAIB" Atasi Masalah Kegemukan

1) Sumber Karbohidrat Kompleks

- Nasi perang, kentang manis, oats, gandum, roti whole grain

2) Sumber Protein Tinggi

- Ayam, ikan, daging kambing, daging lembu, yogurt, susu

3) Sumber Lemak Baik

- Kacang, minyak zaitun, salmon, telur


Bagaimana sekarang? Sudah ada idea apa itu makanan sihat?

Tetapi harus diingat, walaupun anda mengambil makanan sihat dan seimbang, namun anda perlu pantau kadar kalori yang diambil. Kalori yang berlebihan akan menyebabkan pertambahan berat badan.

Pastikan sentiasa dalam mode calorie deficit . Apa itu calorie deficit? Nanti saya akan terangkan pada email yang akan datang.

Sekian, Renung-renungkan dan selamat beramal :)


Dapatkan lebih banyak tips untuk kurus di sini --> Formula Kurus
Apa Makanan Terbaik Untuk Bakar Lemak? 4.5 5 Syahmi Azhar Monday 3 November 2014 Anda sudah ada azam untuk buang lemak berlebihan dan bersedia untuk transformasi badan yang baru? Jika ada azam tu, tahniah saya ucapkan. Jangan takut untuk mulakan langkah pertama. Anda sudah ada azam untuk buang lemak berlebihan dan bersedia untuk transformasi badan yang baru? Jika ada azam tu, tahniah saya ucapkan. J...