Apakah Diet Sebenarnya?

 On Monday 3 November 2014  

Tahukah anda apakah maksud diet?

Diet adalah makan. :) bukan tak makan.

Diet ini sangat penting. Kalau kita tidak makan, badan tidak mempunyai tenaga yang cukup. Maka kita telah menyekat keupayaan diri untuk terus menikmati hidup yang lebih bermakna.
Apakah Diet Sebenarnya?

Saya teringat ketika zaman "jahiliyah" saya dulu. Saya diet tak makan nasi, tak minum jus, milo. Hanya air kosong sahaja. Makan pun yang bersup. Sayur-sayur dan buah. Ayam dan daging pun tak boleh makan banyak, konon kata orang, menggemukkan.

Aduh seksanya hidup. Apa jadi pada saya? Berat turun juga tapi tak banyak. Malah badan pun jadi lemah, muka suram tak bermaya. Asyik takut nak makan.

Sebagai contoh, jika diet tidak cukup maka kita akan terasa lemah dan tidak bertenaga untuk melakukan kerja seharian.

Jika diet kita berlebihan maka risiko untuk menjadi obesiti adalah tinggi. begitu juga risiko untuk terkena penyakit berbahaya seperti darah tinggi & kencing manis juga adalah tinggi.

Jadi sebab itulah diet yang betul dan sihat amat penting dalam kehidupan seharian kita. Senang cakap, anda amalkan diet seimbang daripada pyramid makanan yang kita sudah sedia belajar ketika zaman sekolah lagi.

Ok lah, saya suka kalau kita sama-sama capai transformasi badan pada tahun ini. Buktikan pada kenalan bahawa proses ini mudah. Tanpa supplement. Tanpa diet ekstrem. Tapi dapat buang lemak dan dapat bentuk badan menarik :)

Untuk panduan lengkap di dalam menguruskan badan, dapatkan ebook ini sekarang! --> Formula Kurus
Apakah Diet Sebenarnya? 4.5 5 Syahmi Azhar Monday 3 November 2014 Tahukah anda apakah maksud diet? Tahukah anda apakah maksud diet? Diet adalah makan. :) bukan tak makan. Diet ini sangat penting. Kalau kita tidak makan, badan tidak mempun...