Bagaimana Cara Diet Dengan Betul?

 On Monday 3 November 2014  

Adakah sebelum ini anda pernah cuba untuk menurunkan berat badan?

Bagaimanakah cara anda? Ambil supplement? Senaman sahaja atau sekadar berdiet?

Bagaimana Cara Diet Dengan Betul?

Untuk makluman anda, ramai orang tersalah teknik mengenai diet ini.

Ramai yang sangka berdiet ini; menahan lapar dan mengelakkan makan makanan yang berlemak dan juga nasi.

Mereka hanya makan buah, sayur, makan sumber protein dan minum air kosong sahaja.

Sebenarnya cara diet ini boleh membahayakan kesihatan; diet jenis rendah atau tiada karbohidrat (atas kajian Atkin)

Diet cara ini boleh menyebabkan badan kita terlalu lemah. Ramai orang telah membina lemak bertahun tahun, mustahil ingin membuang semua sekaligus dalam tempoh berminggu-minggu. Jika boleh sekali pun, ia adalah proses di luar tabii manusia dan badan mungkin akan mendapat kesan yang tidak baik.

Jadi, untuk berdiet ia perlulah berpada-pada. Saya sendiri tidak mengamalkan diet ekstrem. Saya enjoy dengan proses. Makan apa yang saya suka, yang penting kalori deficit.

Saiz hidangan yang diambil jangan terlalu banyak dan sentiasa meluangkan masa untuk aktiviti fizikal.

Best kan kalau boleh makan apa yang anda suka sambil-sambil tu berat badan turun? :)

Saya yakin anda boleh lakukan yang terbaik. Kita fikirkan pemakanan dan kecergasan ini sebagai gaya hidup, bukan untuk jangka pendek semata-mata.


Untuk dapatkan tips lengkap di dalam menguruskan badan dan tubuh yang lebih sihat serta kehidupan yang lebih ceria, dapatkan panduan ini sekarang! --> Formula Kurus
Bagaimana Cara Diet Dengan Betul? 4.5 5 Syahmi Azhar Monday 3 November 2014 Adakah sebelum ini anda pernah cuba untuk menurunkan berat badan? Adakah sebelum ini anda pernah cuba untuk menurunkan berat badan? Bagaimanakah cara anda? Ambil supplement? Senaman sahaja atau sekadar ber...