Kenapa Kita Sukar Menurunkan Berat Badan?

 On Friday 14 November 2014  

Kenapa Kita Sukar Menurunkan Berat Badan?

Kenapa kita sukar menurunkan berat badan?
Ada banyak faktor sebenarnya anda.

Pertama sekali kita tidak tahu perbezaan bakar kalori dan bakar lemak!

Ya, memang ada beza antara bakar kalori dan juga bakar lemak.

Jika bakar kalori, semua aktiviti bahkan tidur sekalipun badan kita akan bakar kalori. Bernafas pun akan bakar kalori.

Namun bakar lemak berbeza. Anda wajib melakukan aktiviti fizikal seperti senaman kardio ataupun senaman bebanan supaya berlakunya peningkatkan kadar denyutan jantung.

Kajian mengatakan peningkatan denyut nadi sehingga 65% dari paras maksimum, badan kita akan mula membakar lemak secara efektif.

Oleh itu saya cadangkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu anda lakukan aktiviti yang melibatkan peningkatan kadar denyut nadi supaya pembakaran lemak dapat berlaku...

Untuk mudah memahaminya, apabila badan kita membakar lemak secara automatik ia juga membakar kalori. Tapi jika badan kita membakar kalori TIDAK semestinya ia membakar lemak. Jelas bukan?

Ok persoalan sekarang bagaimana untuk memastikan apa yang kita buat itu membakar lemak dan bukan hanya membakar kalori.

Ada beberapa perkara yang perlu kita laksanakan agar proses pembakaran lemak dalam diri kita berada ditahap optimum.

Antaranya adalah pemilihan diet, intensiti aktiviti fizikal, kadar metabolisma dan kestabilan hormon.

Sebagai contoh, anda berjogging 30 minit dengan kelajuan mendatar adalah tidak sama dengan anda jog tapi diselang seli dengan larian pecutan.

Anda jog diselang seli dengan pecutan akan membakar lemak lebih banyak berbanding jog dengan kelajuan mendatar. Faham?

Untuk bercakap mengenai konsep sebenar bakar lemak amat panjang dan tidak boleh dihabiskan dalam masa yang singkat.

So jika anda berminat untuk mengetahui konsep sebenar bakar lemak untuk menurunkan berat badan anda serta meningkatkan proses pembakaran lemak dalam diri anda maka saya dengan sukacitanya menjemput anda ke laman web berikut --> Bakar Lemak Pantas
Kenapa Kita Sukar Menurunkan Berat Badan? 4.5 5 Syahmi Azhar Friday 14 November 2014 Kenapa kita sukar menurunkan berat badan? Kenapa kita sukar menurunkan berat badan? Ada banyak faktor sebenarnya anda. Pertama sekali kita tidak tahu perbezaan bakar kalori dan ...