Anda Rasa Tak Semangat Nak Turunkan Berat Badan? Ini Tipsnya..

 On Friday 14 November 2014  

Apa? Tak ada semangat sebab berat badan susah nak turun? Jangan putus asa.
Saya setiap hari bersemangat tau. Kalau tak, mana mungkin saya kongsikan tips power kepada anda kan?

Jika anda merasakan tidak ada harapan, masih ramai penduduk bumi atau orang di luar sana yang menghadapi masalah yang sama. Bagaimana untuk terus berjuang bagi mendapatkan tubuh badan yang kurus?

4 Tips Power!

Cari "WHY" (SEBAB) yang kuat untuk turun berat badan

Sebab yang kuat selalunya akan membuatkan seseorang itu terus melangkah sehingga berjaya, walaupun banyak halangan dan sukar. Setiap hari dia akan teringat soalan "kenapa aku perlu berubah? Inilah sebab aku perlu berubah."

Dapatkan kenalan "pembakar" semangat

Pembakar semangat ialah orang yang tidak senang melihat anda senang. Akan sentiasa ada sindiran dan kata-kata yang menjatuhkan semangat setiap hari. Suka saya katakan, ini adalah sebahagian sebab yang kuat untuk kita terus berjaya. Apabila mereka katakan, "You can not do it", balas kepada mereka, "Just watch me."

Belajar teknik tepat dan cepat bakar lemak

Diet extreme kadang-kadang bukan penentu utama pengurusan berat badan. Jika kita makan cara betul dan bersenam dengan teknik sempurna, pengurusan berat badan akan jadi lebih mudah dan cepat.

Sentiasa bersama dengan "coach" atau "workout partner"

Apabila anda sudah di"bakar" habis-habisan oleh kenalan anda, maka tiba masa untuk anda mendapat penghargaan dan ilmu daripada "coach" atau "workout partner". Mereka ini lebih memahami jiwa anda. Mereka mungkin telah melaluinya dan kerja membantu anda adalah sebahagian daripada minat mereka.


"Apabila anda buat keputusan tentang apa yang paling penting dalam hidup, inilah masa untuk melantik coach" -Robert Kiyosaki-

Bagaimana? Semangat sudah datang balik? Jika belum, saya akan sentiasa support anda dan beritahu sahaja bila-bila dan di mana jua. Saya cuba bantu anda sehingga berjaya.

Serius! Asalkan anda ada kemahuan yang kuat, dan juga akses internet :)

Semoga berjaya!

Ebook Formula Kurus

Untuk panduan lengkap di dalam menguruskan badan. Dapatkan ebook "Formula Kurus" ini segera!. Hanya RM47 sahaja untuk tubuh yang lebih sihat serta kehidupan yang lebih ceria. Dapatkannya di sini --> Formula Kurus
Anda Rasa Tak Semangat Nak Turunkan Berat Badan? Ini Tipsnya.. 4.5 5 Syahmi Azhar Friday 14 November 2014 Apa? Tak ada semangat sebab berat badan susah nak turun? Jangan putus asa. Apa? Tak ada semangat sebab berat badan susah nak turun? Jangan putus asa. Saya setiap hari bersemangat tau. Kalau tak, mana mungkin sa...