Kenapa Anda Sukar Turunkan Berat Badan?

 On Tuesday 3 February 2015  

Kenapa Anda Sukar Turunkan Berat Badan
Saya selalu ditanya. Kenapa kita sukar menurunkan berat badan apabila capai satu-satu tahap tertentu? Mula-mula senang tetapi makin lama makin susah. Berat badan selalu maintain.

Ia dipanggil “plateau”. Iaitu berat badan atau proses terhenti di tahap-tahap tertentu..

Kita kena tahu perbezaan bakar kalori dan bakar lemak.

Jika bakar kalori, semua aktiviti bahkan tidur sekalipun badan kita akan bakar kalori. Bernafas pun akan bakar kalori.

Namun bakar lemak berbeza. anda mesti melakukan aktiviti fizikal seperti cardio ataupun weight training supaya berlakunya peningkatkan kadar degupan jantung.

Kajian mengatakan peningkatan denyut nadi sehingga 65% dari paras maksimum, badan kita akan mula membakar lemak secara efektif. Jika melebihi 80% ia akan membakar kalori daripada karbohidrat dan gula.

Mana lebih baik? Adakah dilakukan dengan intensity sederhana (60% ke 80%) atau tinggi 80% ke atas?

Anda lakukan berselang seli. Senaman berintensiti tinggi tidak banyak membakar banyak lemak ketika sesi senaman, tetapi ia akan membakar banyak selepas sesi senaman dalam tempoh 24 jam ke 48 jam.

Untuk mudah memahaminya, apabila badan kita membakar lemak secara automatik ia juga membakar kalori. Tapi jika badan kita membakar kalori TIDAK semestinya ia membakar lemak.

Untuk memecahkan “plateau”, kita lakukan senaman berintensiti sederhana dan tinggi secara berselang-seli. Contohnya berjalan laju, jogging dan seterusnya lari pecut dalam tempoh singkat

Untuk bercakap mengenai konsep sebenar bakar lemak amat panjang dan mungkin akan menyebabkan anda malas baca. :) 

Anda boleh dapatkan ebook "Formula Kurus" untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap. 
Kenapa Anda Sukar Turunkan Berat Badan? 4.5 5 Syahmi Azhar Tuesday 3 February 2015 Saya selalu ditanya. Kenapa kita sukar menurunkan berat badan apabila capai satu-satu tahap tertentu? Mula-mula senang tetapi makin lama makin susah. Berat badan selalu maintain. Saya selalu ditanya. Kenapa kita sukar menurunkan berat badan apabila capai satu-satu tahap tertentu? Mula-mula senang tetapi makin lama ...