Teknik Mudah Turun Berat Badan Tanpa Bersenam Teruk

 On Saturday 15 November 2014  

Teknik Mudah Turun Berat Badan Tanpa Bersenam Teruk
Saya juga mengamalkan kaedah ini pada minggu yang saya rehat-rehat. Bukan itu sahaja, ia lebih menarik sebab boleh dijadikan amalan rutin.

Sekarang saya nak kongsi dengan anda, bagaimana kita dapat membakar lebih kalori tanpa sesi senaman yang tertentu. Mungkin anda seorang yang sibuk dengan tugasan atau kerjaya.

Setidak-tidaknya, teknik ini jika digabungkan dengan diet seimbang dan bersih serta deficit kalori, sedar-tak sedar lepas 6 bulan anda mungkin boleh nampak transformasi badan sendiri :)

1) Gunakan tangga daripada guna lif. Samaada anda menaiki tangga atau turun menggunakan tangga ia sebenarnya membakar banyak kalori berbanding anda naik lif.

2) Parking jauh dari tempat yang dituju. Ia dapat meningkatkan metabolisma anda kerana terbakarnya lebih kalori apabila berjalan ke tempat yang dituju.

3) Berdiri & berjalan daripada duduk. Jika anda kerja dipejabat dan kerja anda hanya duduk depan komputer sahaja, biasakan berjalan setiap 30 minit ke water cooler untuk minum segelas air. Minum air juga dapat bantu buang berat air yang terkumpul dalam badan setelah sekian lama. Biasakan minum air yang kerap untuk elakkan de-hydration terutama pada musim panas. Kadang-kadang anda tidak sedar dapat membakar mungkin 300 kalori tambahan semasa tempoh 8 – 12 jam bekerja :)

Baiklah, diharapkan perkongsian saya kali ini dapat membantu dengan hanya amalkan teknik mudah ini.

Untuk tips yang lebih lengkap, anda boleh dapatkan ebook Formula Kurus.

Sekian dan jumpa lagi di masa akan datang. Ia ringkas dan padat :)
Teknik Mudah Turun Berat Badan Tanpa Bersenam Teruk 4.5 5 Syahmi Azhar Saturday 15 November 2014 Saya juga mengamalkan kaedah ini pada minggu yang saya rehat-rehat. Bukan itu sahaja, ia lebih menarik sebab boleh dijadikan amalan rutin. Saya juga mengamalkan kaedah ini pada minggu yang saya rehat-rehat. Bukan itu sahaja, ia lebih menarik sebab boleh dijadikan amalan ruti...